Wednesday, December 9, 2015

Filled Under:

Jawapan Sentap Irma Hasmie Berkenaan Isu Beliau Dirasuk Baru-baru Ini.

Petaling Jaya- Irma Hasmie, aktress dan pengacara rancangan muslimah menafikan berita yang tersebar dalam laman social di facebook mahupun twitter.
Beliau berpendapat ini adalah "angin" yang mendatang terhadap beliau sama seperti mana-mana artis lain yang tidak pernah terlepas dengan rencana kehidupan seorang selebriti atau sosok umum di Malaysia.

"Kelakar juga bila saya membaca cerita mengenai saya dirasuk, sampai masuk hospital dan pergi berubat dukun, sedangkan saya sihat walafiat bersama keluarga yang tersayang dan masih menjalankan tanggung jawab saya sebagai pengacara seperti biasa".

"Mengenai video yang telah tersebar itu adalah sebuah video yang saya rasa pembaca mahupun peminat perlu tengok dengan mata kepala sendiri". Terang Irma.

"Ketika membintangi video itu, saya boleh katakan bahawa itu adalah antara pengalaman sangat seronok kerana jalan cerita tersurat dan tersirat  yang sangat menarik".

Tidak mahu mengulas dengan lebih lnjut, Irma Hasmie hanya ketawa dan kerana tidak mempercayai perkara ini akan menjadi viral dengan pantas kerana sebuah video.

Irma Hasmie turut mengatakan bahawa beliau hanya diambil sebagai pelakon utama dalam video itu.
Sambung Irma Hasmie, "Bagi diri saya, saya tidak kisah dengan video yang viral itu kerana bukanlah mengaibkan saya tetapi cuma "misleading content" daripada perkara yang sebenar".

Irma menambah lagi dengan sinis, 
"Tidak tahulah apa tindakan yang diambil oleh Pemilik Filem telah saya lakonkan tu, dah lah dia merupakan salah seorang owner Produk HIJAB D'Haja yang sangat berkualiti dalam Malaysia".

Ini adalah video sebenar yang dikatakan Irma Hasmie Dirasuk.

Tag kata kunci: Irma Hasmie
Sumber: Kosmo Online, Mangga Online, Mstar.




0 comments:

Post a Comment