Wednesday, December 9, 2015

Filled Under:

Petua Naikkan Seri Wajah Berkesan

Petua Naikkan Seri Wajah

Sila Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga basuhan. Seterusnya sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit atau lebih. Selesai sahaja kemudian bilas dengan air bersih keseluruhan.


Petua Naik Seri Wajah Selepas Bersalin

Bagi Ibu-ibu yang selepas melahirkan anak pada kebiasaannya akan berwajah pucat dan lesu. Untuk menaikkan kembali seri wajah anda, cubalah mana-mana petua di bawah ini.

Petua No 1:

Sila Ambil beberapa batang tangkai daun inai, kemudian bersihkan dan rebuskannya. Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi sekali dan malam sekali.


Petua No 2:

Sila Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh halus saja. Kemudian sila ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau kisar. Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan kering sendiri. Amalkan selama
tiga malam berturut-turut, Insya Allah akan berhasil menaikkan kembali seri wajah anda yang anda risaukan.


Petua No 3:

Sila Ambil segenggam daun inai dan tumbuk lumat hingga halus. Selepas itu gentelkan kecil-kecil seolah kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah sejuk, makanlah sebiji sehari sekali selepas sarapan. Sila Amalkan sehingga nampak keberkesanannya ye.






0 comments:

Post a Comment